`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, November 16, 2012

Sultan Ululamri - in Malay


Kita Wajib Taat Kepada Ululamri (Raja & Pemerintah)
Kenyataan pedas and bersifat ululamri seorang Sultan yang berusaha memartabatkan agamanya dan ianya sifat yang harus dipuji abapila berani menegur kesalahan walaupun hakikatnya ianya ditujukan kepada orang politik kerajaan atau pembangkang.



Penulis meneliti video YB Nurul Izzah dan jelas apa yang disebut memang agak kurang menyenangkan sebagai umat Islam untuk kita medengarnya.Walau apapun penjelasan YB Nurul Izzah kita harus dengar dan teliti apa yang disebut walaupun tidak membenarkan murtad tetapi apabila membenarkan hak memilih agama tanpa paksaan bagi orang melayu bermakna kita membenarkan pilihan agama bagi orang melayu dan akhirnya bakal mengundang gejala murtad. Ada masanya pepatah melayu penuh makna bagi setiap kita dan ini juga ungkapan yang terbaik bagi YB Nurul Izzah.

"Terlajak Perahu Boleh Diundur, 
Terlajak Kata Badan Binasa"

Tetapi bersifat Ululamri memerlukan lebih dari hanya mengeluarkan kenyataan dan ianya juga harus digunapakai pada diri kita sendiri dan keluarga dan rakyat jelata. Tetapi adakah kenyataan seperti ini diguna pakai di kalangan kerabat diraja yang kononya selalu dijulang sebagai golongan ululamri yang harus kita taat dan patuh dan tidak menegur mereka kerana mereka itu dikatakan ululamri. Benarkah apa yang diungkapkan sebagai sultan dan raja merupakan golongan ululamri atau Ululamri yang dirujuk dalam Al Quran & Hadis adalah golongan Ululamri yang sebenarnya bukan golongan Ululamri yang bersifat hipokrit dan hanya berucap kerana simbol agama tetapi MUNGKIN tidak pula mempraktikan agamanya dalam kehidupanya atau sifatnya.


"Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar pada Sabtu lepas, bahawa orang Melayu Islam bebas memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama."
Jika ianya mengejutkan bagi seorang ululamri, maka bagaimana pula dengan koleksi bahan tatapan anak sendiri yang jelas jauh memilih kehidupan yang lebih bebas dari agamanya walupun beliau sentiasa ke masjid & surau dalam urusan perasmian sebagai simbol agama islam negeri.Bukankah ini merupakan hak kebebasan memilih walaupun dirinya itu seorang Islam tetapi memilih perkara yang jelas lari dari akidah Islam.Bukankah selaku islam kita tiada pilihn dalam hal hal sedemikian.
Adakah ini juga tidak mengejutkan bagi seorang yang dikatakan ululamri? Antaranya..

Arak & Pergaulan Tanpa Batasan Seorang Ululamri?
Berjiwa Ululamri?
Ululamri sedang menajmu arak?
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata baginda juga menolak sama sekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar agama Islam.

Apa pula komen terhadap kebebasan memilih yang ditunjukkan oleh anak sendiri lebih jauh terpeeong akidahnya dan lebih memalukan tangan tangan inilah yang merasmikan masjid masjid dan surau surau. Tidakah seharusnya sikap lebih tegas ditunjukkan dalam isu seperti ini jika benar Sultan itu bersifat ululamri dan rakyat akan hormat dan patuh kepada sultan yang berani menegur dan menghukum mereka yang bersalah tidak kira kerabat diraja atau rakyat. Jangan pula rakyat dihukum dan diri mereka terlepas dari segala hukuman.

 
"Sebagai penasihat kepada Sultan Selangor, Mais akan terus bertegas dalam membantu baginda untuk bersikap waspada, peka dan tegas terhadap mana-mana pihak yang sama ada secara langsung atau tidak langsung mencabar kemurnian agama Islam baik dari segi fahaman mahupun amalan, khususnya di Selangor,” katanya dalam kenyataan di sini Selasa."

Tepat sekali MAIS dalam menyebut peranan mereka, tetapi apa pula peranan yang dimainkan mereka dalam isu melibatkan keluarga diraja yang jelas terlibat dengan pelbagai isu yang melanggar akidah islam terutamanya RMS dengan bahan bukti yang jelas didepan mata. Bukankah ini yang kita kata, Islam dipergunakan demi kepentingan diri dan bukan kerana Allah SWT. Jika benar kerana Allah SWT maka harussnya berani menegur mereka yang bersalah tidak kira siapa demi menjaga kesucian Islam.

Begitu persoalan yang penulis ingin lemparkan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor & Timbalanya yang jelas penuh tekad untuk meneruskan perjuangan Islam selaras dengan prinsip partinya. Tetapi sejauh mana mereka menjalankan peranan dan tugas selaku pemimpin dalam isu membabitkan keluarga diraja. Isu ni bukan berkaitan UMNO memandangkan ianya merupakan Sultan negeri yang mereka perintah. Jika UMNO itu buruk buktikan bahawa PAS itu mulia dan berjuang untuk Islam.Tetapi, agak sedih bila kita baca komen-komen pembaca yang jelas menulis sifat pemimpin mereka. Mungkin komen ini benar atau tidak tetapi adakah PAS berani menegur?

Komen Wakil PAS
UMNO pernah menegur & menghabuskan beberapa keistimewaan diraja apabila mereka lihat isntitusi diraja mula bersifat tidak adil kepada rakyat.Tetapi beranikah PAS menderhaka kepada Sultan kerana memperjuangkan Islam?


Berbalik kepada isu menegur rakyat..kita perlu bersifat adil dan seorang sultan itu perlu berani mengakui kesilapan dan menegur anaknya.Teringat kepada Chez Wan & Chez RizBagaimana sifat seorang bapa bukanya seorang ululamri berani menegur anak dan mengakui anaknya melakukan kesilapan.Inilah sifat rakyat yang harus dipuji dan juga dijadikan contoh olah kerabat diraja, pemimpin dan masyarakat secara amnya.



Rakyat berani mengaku bila bersalah tetapi rakyat akan terus memperjuangkan kebenaran jika ianya salah dan mereka rasa teraniaya. Jangan pula mencari salah rakyat kerana kesilapan diri sendiri dan terus menghukum rakyat kerana mereka lemah dan bagi menutup kebenaran.




Begitu berani Chez Wan mengakui kesilapan anaknya tanpa segan silu. Inilah sifat yang harus dipuji walaupun ianya memalukan maruah keluarga mereka. Sifat begini juga harus dipupuk oleh pemimpin dan institusi diraja dimana berani mengakui kesilapan tidak kira siapa walaupun ianya anak kandung sendiri.

Teguran Sultan bagi memartabatkan Islam harus dipuji tetapi tidak harus bersifat selektif dalam menghukum dan ianya hanya dilakukakan kepada mereka yang lemah yakni rakyat jelata.

Jelas terpampang kelemahan diri dan harus mereka (kerabat diraja) harus ditegur secara berani dan MAIS yang pada masa ini kebanyakan mereka adalah perlantikan dari kumpulan yang ahli politik yang mendabik dada berjuang demi rakyat tidak seharusnya bersifat hipokrit dalam isu-isu membabitkan kerabat diraja.Diam tak terkata dan terucap kerana takut hialng kuasa dan hilang perkenan bila tiba ketika untuk dilantik bagi jawatan jawatan diperingkat negeri dan jangan pula Islam digadai untuk kuasa politik dan jangan mudah menolak isu ("sweep under the carpet") yang tidak membawa kepentingan politik kepada mereka.

Bagi institusi diraja,haruslah bersifat jujur terhadap islam dan memiliki keperibadian sebagai umat islam yang mulia. Nescaya rakyat akan menghormati mereka tanpa diminta dan dipaksa. Pujian akan datang bergunug dan hilang segala cacian. Tetapi jika terus lupa kepada Islam dan rakyat diperbodohkan maka akan tiba ketikanya bila isntitusi raja itu mula dipersoalkan kepentingannya.

Benarkah ululamri itu raja & sultan? Fikirkanlah dan barbaliklah kepada Hadis & Al-Quran. Benarkah khalifah pemimpin kita berjiwa Islam atau nafsu keinginan kuasa politik melampaui keberanian dan kemahuan mereka memuliakan Islam di muka bumi ini. Sama-sama kita fikirkan dan kita lihat setiap isu dan bagaimana mereka berjuang untuk rakyat..

Posted by 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.