`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, November 29, 2012

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 18)


 Gambar hiasan

Abu ialah seekor kucing jantan berwarna kelabu yang hanya akan berada disisi Istana Iskandariah apabila almarhum ayahanda pulang bersemayam di Istana Iskandariah. Kucing ini akan menemani Almarhum tidor didalam kamar peraduan nya, dan tidor diatas katil Almarhum...

Amat manja kucing ini, hanya tetapi apabila Almarhum berada di istana Iskandariah dianya akan muncul. Jika ayahanda berada di lain tempat dia pon tiada kelihatan... Apabila almarhum ayahanda bersantapan, kucing ini akan tunggu untuk mendapat sisa-sisa lauk makanan Almarhum... Abu terus menghilang selepas kemangkatan almarhum ayahanda...

Kedaulatan Almarhum ayahanda juga dapat dilihat apabila baginda menziarah daerah hutan di Hulu Perak...

 Gambar hiasan

Ada seekor gajah yang hanya bergading sebelah akan datang menghadap baginda di hutan apabila baginda pergi memburu seladang atau rusa... Seekor gajah yang bergading sebelah ini akan berhampiran kawasan kem ayahanda tetapi tidak mengacau keadaan...

Dah macam sentry guard didalam hutan... Harimau takkan menghampiri kalau ada gajah berdekatan... Selalunya, Almarhum akan bertitah 'Orang besor (bermaksudkan gajah itu) aku nak balik dah'... dan gajah itu akan masuk kedalam hutan belentara meninggalkan kawasan kem itu...

Ku Syah  - Uncleseekersv2

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.