`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, November 6, 2012

Penghinaan terhadap Raja Bahagian II (in Malay)


Kes penahanan semula Ahmad Abd Jalil atas dakwaan menghina Sultan Johor menarik perhatian penulis, kali ini di bawah Akta Multimedia. Saudara Ahmad hanya pemuda biasa, tidak dikenali langsung sebelum ini, berbeza dengan kes penahanan Uncleseekers yang sememangnya dikenali umum dan datang dari keluarga yang dihormati. Walaupun masih tidak diketahui apa sebenarnya yang ditulis oleh saudara Ahmad di dalam facebook sehingga dikatakan sebagai satu penghinaan, tetapi bagaimana kes ini berjalan begitu menarik perhatian

1. Ahmad Abd Jalil tidak langsung dikenali umum.Sokongan yang diberikan oleh ahli keluarganya dengan melancarkan kempen "Bebaskan Ahmad"secara besar-besaran melalui facebook, disambut pula dengan sokongan yang diberikan oleh kumpulan facebook lain seperti Kita Semua Uncleseekers dan sebagainya menjadikan kes ini adalah "Kes Besar". Rakyat ternanti-nanti perkembangan kes Ahmad. Apabila menjadi kes besar, penulis yakin saudara Ahmad tidak akan di-apa-apa kan, baik daripada pasukan Polis Johor mahupun dari dalam Istana. Tetapi perkara sebaliknya mungkin berlaku jika kes ini tidak dihebohkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Laporan Malaysiakini bertarikh 4 November 2012 bertajuk"Facebook hina Sultan Johor - lebih ramai akan ditahan?" memberi gambaran lebih ramai rakyat akan ditahan atas kes menghina Sultan Johor. Jika berlaku lagi tangkapan, dinasihatkan keluarga dan rakan-rakan mangsa untuk mencontohi apa yang dibuat oleh keluarga Ahmad Abd Jalil supaya kes itu menjadi kes besar. Sebarkan juga berita itu ke media antarabangsa untuk mendapat liputan yang lebih besar. Berita penahanan Ahmad tersebar di Channel News Asia, Gulf News, Bangkok Post, Zee News India dan lain-lain media dunia (boleh lihat berita-berita dunia mengenai Ahmad Abd Jalil disini).

2. Portal berita Malaysia Kini hari ini melaporkan Polis Johor telah membuat laporan polis terhadap Malaysia Kini dan Malaysian Insider yang menyiarkan berita-berita berkaitan penyiasatan dan penahanan saudara Ahmad Abd Jalil. Jika dilihat kembali laporan-laporan berita yang disiarkan, kebanyakannya adalah laporan daripada peguam Ahmad dan komen daripada ahli keluarganya.Adakah pihak Polis Johor ingin menjadikan kes ini kes terpencil yang tidak diketahui umum? 

Rata-rata rakyat yang membuat komen mengenai isu ini di portal Malaysia Kini mentertawakan apa yang dibuat oleh pihak Polis Johor - buat laporan polis sendiri dan kemudiannya menjalankan siasatan sendiri dan pendakwaan sendiri.

Lebih memelikkan apa sahaja yang berkaitan dengan penghinaan terhadap Sultan Johor, polis akan bertindak dengan begitu cepat sekali! Mungkin kah kerana termakan budi dengan pemberian kereta-kereta mewah dan motorsikalHarley Davidson? Kenyataan media yang dibuat oleh Peguam Kamal Hisham hari ini memberikan contoh-contoh berkaitan Polis Johor, sila lihat di bawah.

3. Adakah dengan penangkapan rakyat yang dikatakan menghina Sultan Johor akan menjadikan rakyat terus takut dan diam? Percaturan Polis Johor dan pihak Istana adalah salah. Kes-kes seperti ini akan menjadikan lebih ramai rakyat bangkit menentang kezaliman. 

Kenyataan akhbar hari ini yang dibuat oleh Peguam Kamal Hisham di Dubai mengenai isu penahanan semula Ahmad Abd Jalil menceritakan pengalaman beliau yang pernah bertugas dengan Sultan Johor dan menyuarakan kebimbangan beliau atas campurtangan pihak Istana dalam mengendalikan kes ini.

Bukan itu sahaja. Malaysian Civil Liberties Movement, Lawyers For Liberty juga telah bersuara. Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang juga telah membuat kenyataan media. Candlelight Vigil in Solidarity with Ahmad Abd Jalil juga akan dianjurkan esok hari Rabu 7 November 2012 di Dataran Merdeka. 

Petikan daripada Kenyataan Media Peguam Kamal Hisham mengenai kes Ahmad Abd Jalil
4. Kebanyakan rakyat sekarang ini bukan bodoh. Bukan setakat rakyat Malaysia tetapi seluruh dunia melihat bagaimana kes ini berjalan. Sehingga kini masih tidak dapat dipastikan atas kesalahan apa dan apakah kenyataan Ahmad Abd Jalil yang dikatakan satu penghinaan. 

Kes ini tidak mendiamkan rakyat. Di media-media elektronik sama ada di facebooktwittermahu pun di forum-forum, rakyat berbincang secara terbuka menceritakan salah-laku Sultan Johor. Lebih banyak pendedahan dikeluarkan. Adakah rakyat Malaysia takut selepas berlakunya penangkapan Uncleseekers dan saudara Ahmad? Nampaknya tidak, malahan rakyat semakin berani bersuara!

Adakah semuanya bakal ditangkap dan memenuhkan lokap Johor?

Kisah yang biasa kita dengar apabila berlakunya Kembara Mahkota Johor
Umum mengetahui banyak kes-kes yang telah digelapkan kerana takut kepada pihak tertentu. Penulis percaya, jika sampai ke satu tahap dan rakyat bersatu, mungkin apa yang diungkapkan oleh Sultan Azlan Shah menjadi kenyataan

"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" - Petikan titah ucapan Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980

Apa akan jadi jika dikumpulkan semua kes-kes ini? Sedangkan kes seorang wanita bernama Yasmin Mohd Yassin tidak mendapat pembelaan, ini kan kes rakyat pendalaman
Uncleseekers pernah menceritakan hal ini



Teringat Kisah-kisah Mafia,

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.