`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, November 26, 2012

PANAS!!! Adik bapa kemerdekaan Sabah menyertai PKR


Adik bapa kemerdekaan Sabah, Datu Salam Datu Harun yang juga mantan ADUN Bengkoka,Kudat selama 4 penggal hari ini bertindak menyertai PKR di hadapan lebih 10 ribu orang di perkarangan parti itu di Kudat yang turut di hadiri oleh ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Datu Salam dalam satu kenyataannya menyifatkan langkah BN/UMNO menafikan hak-hak Sabah sebenarnya membutkikan Sabah sebenarnya belum merdeka walaupun sudah 40 tahun lebih menyertai pembenatukan Malaysia.
Penyertaan dan pengumuman Datu Salam ini dijangka akan merubah keseluruhannya iklim politik di Kudat, kerana ketika era USNO daerah PANTAI BARAT UTARA itu terkenal dengan LEGASI kepimpinan TUN MUSTAPHA. Sekaligus memberi tamparan paling besar kepada UMNO dan BN di Sabah.
Sejak kebelakangan ini ramai pemimpin era USNO yang ‘tersisih’ ketika kemasukan UMNO ke Sabah mula menunjukkan protes dengan mengisytiharkan tidak akan menyokong parti UMNO lagi.Malahan ada usaha-usaha terbaru untuk menghidupkan partri keramat USNO, walaupun pendaftarannya tidak pernah diluluskan oleh ROS.
Setakat ini desas-desus      bertiup kencanag bahawa akan ada lagi pemimpin politik di Sabah bertindak menyatakan ikrar mereka kepada PKR dan Pakatan Rakyat.
Selain daripada itu, dalam ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa apabila PR memerintah, harga minyak akan diturunkan 24 jam selepas PR mengangkat sumpah.PR juga akan menghapuskan PTPTN yang menjadi beban kepada golongan berpendapatan rendah.Di Samping itu Anwar juga menjelaskan akan membayangkan pembinaan lebuhraya di Sabah termasuk Lebuhraya Sabah-Sarawak.
Oleh: kelapamawar
- media perak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.