`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, November 20, 2012

LAGI RAKYAT TAMPIL TENTANG PATI





TOPIK mengenai Warga Pakistan mempunyai MyKad berteknologi tinggi disiarkan 1Suara Sabah minggu lalu mendapat respon pelbagai pihak dan seterusnya laporan polis telah dibuat. Di harap Lebih ramai rakyat Sabah tampil membuat aduan sekiranya ada warga asing yang memiliki MyKad yang meragukan di kawasan masing-masing.

Kelmarin, 19 November 2012, lebih kurang 1.43 petang, Ketua Mudanita SAPP CLC Tandek, Cik Pathlyn Leosie Mikat yang ditemani oleh Naib Pengerusi John Charles Mitah Mikat telah datang ke Ibu Pejabat Polis, Kota Marudu untuk buat laporan berkaitan dengan seorang warga Pakistan yang mempunyai Mykad, ABD RAUF BIN HAMSAH, No. Mykad 640619-12-5057, beralamat KG. Masjid, P.O.Box 42, Keningau dan didapati mengundi di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) USUKAN dalam Parlimen P.169 Kota Belud.
Dalam laporan yang sama, kira-kira jam 04:37 petang Ketua Balai Polis IPPD Keningau telah menghubungi Cik Pathlyn bahawa laporan telah pun diterima dan sejurus itu Polis sedang membuat siasatan terhadap pendatang asing yang dimaksudkan dan selanjutnya memaklumkan kepada beliau (Pathlyn) agar dapat datang untuk membuat laporan seterusnya kepada RCI di Sadong Jaya, Kota Kinabalu. (1Suara Sabah)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.