`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, November 29, 2012

JANJI V.K.LIEW SEMAKIN PALSU



TERLANTAR…..Puan Inna menanti janji palsu V.K.Liew sejak hampir setahun lalu.

Saudara Pengarang,

IZINKAN saya menggunakan ruang Portal Online Sabahkini.Net untuk meluahkan segala isi hati yang tersurat dan tersirat membara di lubuk hati ini sekian lama. Saya Murna Binti Tarau, anak perempuan kepada Inna Bt Sandiri, 72, tinggal di Kampung Sim-Sim Tengah, Lorong Jambatan A, Sandakan.

Bagi pihak ibu, saya ingin meluahkan keluhan dan rasa kesal kerana Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong telah gagal menunaikan janji untuk memberikan bantuan kerusi roda kepada ibu saya semasa kedatangan ke rumah kami pada 17 Disember 2011.
Apakah kerana ditakdirkan ibu saya bukan daripada Kaum Cina dan telah lama terlantar di atas katil, maka janji V.K.Liew sebagai Ahli Parlimen tidak pernah ditunaikan?

Selain daripada ibu saya, dua lagi rakyat yang menjadi mangsa janji palsu V.K.Liew untuk mendapatkan kerusi roda ialah Hashim dan Halillah yang tinggal di Jambatan Lorong B di kampung yang sama.

Sekian, Salam Hormat,

MURNA BTI TARAU

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.