`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, November 14, 2012

A CUT ABOVE, MEMANG POTONG LEHER!




Saudara Pengarang,

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan aktivis pengguna disaran agar memantau kegiatan salon gunting rambut yang mengenakan harga sesuka hati dan memperdaya pelanggan; seperti salon A Cut Above, yang ternyata mahir 'memotong leher' pelanggan.

Sebagai pegawai kerajaan yang bergaji tidak sampai RM3,000 dan mula berjinak dengan kad kredit, saya dan rakan ingin mencuba perkhidmatan di sebuah salon gunting rambut yang terletak di S128, Tingkat 2, Bangsar Shopping Centre, No. 285, Jalan Maarof, 59000 Kuala Lumpur; sebagaimana iklan yang saya jumpa dalam majalah hiburan.
Bagaimanapun jantung saya bagaikan berhenti berdenyut apabila melihat bil yang diberikan, sama sekali tidak sama dengan kadar harga yang dinyatakan dalam buku perkhidmatan.

Cuba bayangkan, saya hanya membelanjakan RM168 untuk perkhidmatan yang sama dengan yang ditawarkan A Cut Above; namun malangnya saya 'disembelih' sejumlah RM1,355 bagi perkhidmatan rebonding (RM400), Colour (RM200), Highlight (RM250), Memotong Kuku (RM205), Rawatan Rambut (RM300).

Manakala rakan saya, turut dicaj RM624 bagi perkhidmatan memotong kuku (RM165), Refleksologi (RM114), Rawatan Rambut (RM345).

Dalam anggaran kami, caj yang sepatutnya dikenakan tidak sampai 25 % daripada yang telah dikenakan kepada kami dan menggesa agar KPDNKK menguatkuasakan Undang-Undang Percatutan sebelum ramai lagi yang tertipu.

Saya juga kesal kerana mereka menggunakan 'bleaching' untuk melakukan 'highlight' sedangkan mereka mengesahkan hanya menggunakan warna dan bukannya 'bleaching' yang merosakkan rambut dan meninggalkan kesan kesihatan kepada saya.

Salam Hormat,

MANGSA POTONG LEHER

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.