`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, November 21, 2012

18 PG-Woi Ghani! Macam mana nie?


0
0
  

Aku ingat lagi siri  Menteri Besar Johor Dato’ Abdul Ghani Othman bersusah payah untuk melompat jerit untuk hentam Datuk Seri Ir.Hj.Nizar Jamaluddin semasa ‘demam WWW 1″. Sekarang rakyat dia sendiri kena hentam. Apa dia nak buat? Daripada duk kepit bini orang, lebih baik pi jaga rakyat Johor yang dizalimi.
Berikut kenyataan Suhaizat Kayat (Ketua Pemuda Pas Johor)
Pergaduhan Di Kampung Semangat, Tampoi


Pada jam 11.18am sebentar tadi telah berlaku pergaduhan antara kontraktor dan penduduk Kampung Semangat, Tampoi. Kontraktor mendakwa mereka diberi upah untuk membersihkan kawasan Kampung Semangat oleh pihak tertentu. Pembersihan ini telah menyebabkan tanaman penduduk dan sistem paip penduduk terjejas. Penduduk kampung pula mendakwa bahawa pihak kontraktor yang hadir dalam kumpulan yang besar lebih daripada 25 orang adalah untuk mengusir mereka daripada kampung tersebut. Penduduk tidak berpuashati kerana kontraktor sering membuat provokasi terhadap penduduk.

Pergaduhan mula berlaku apabila kontraktor meneruskan kerja-kerja pembersihan dan penduduk tidak berpuas hati. Maka pergaduhan pun berlaku. Pergeluhan berlaku. Penduduk kampung telah dibaling dengan batu dan kayu. Penduduk Kampung Semangat yang tercedera adalah Goh Wee Chooi, Ang Bee Wah, Ang Ah Chai, Cheng Chong, Goh Wai Kong dan Chee Tet Onn.


Polis telah datang di kawasan terbabit dan telah menangkap sembilan orang kontraktor dan enam orang penduduk. Mereka telah direman di Balai Polis Kempas.

Penduduk adalah terdiri daripada pemilik rumah, penyewa rumah, pemilik bengkel dan pekebun. Kampung Semangat, Tampoi terletak di Batu 7.5 Jalan Skudai, Simpang Kempas Lama, Tampoi, Johor. Tanah berkeluasan 63.2573 hektar telah dianugerahkan kepada Dato’ Toh Ah Boon pada tahun 1930 oleh Sultan Ibrahim. Dato’ Toh Ah Boon telah meninggal dunia pada 1hb April 1932 dan tanah tersebut telah diserahkan kepada pewarisnya Toh Gim Cheng. Pada tahun 1975 Toh Gim Cheng telah melantik Low Sue Heng sebagai wakil. Pada 14 Februari 2011 tanah tersebut(Lot 153, Mukim Tebrau) telah dijual oleh Low Sue Heng @ Low Sui Heng kepada Danga Bay Sdn. Bhd. 

Pada awalnya terdapat 400 keluarga tinggal di kampung ini. Pelbagai kemudahan terdapat dikampung ini termasuk surau, kuil, dewan orang ramai, gelangang bola keranjang dan lain-lain. Terdapat juga penempatan orang tua dan orang cacat di sini.

Pada 8hb September 2011 penduduk menerima satu Notis Guaman dari Tea, Kelvin Kang & Company yang meminta penduduk mengosongkan tanah tersebut sebelum 31hb Oktober 2011. Notis ini tidak menyatakan dengan jelas nama pelanggan(tuan tanah).

Pada 9hb Oktober 2011 suatu pertemuan penduduk kampung dengan YB Datuk Hj Osman Sapian telah diadakan. Ketua Masyarakat Kampung Semangat yang juga Ketua MIC Cawangan Kg Semangat, En. K.K.Krisnan telah menyerahkan suatu tuntutan kepada Y.A.B Datuk Abdul Ghani Bin Othman, Menteri Besar Johor melalui YB Datuk Hj Osman Bin Sapian. Sehingga kini tiada sebarang jawapan diterima daripada pihak kerajaan.

Jawatankuasa Bertindak yang telah ditubuhkan telah menghantar satu permohonan tuntutan Ikhsan dan Saguhati kepada Danga Bay Sdn Bhd pada 8hb Oktober 2012. Wakil Danga Bay Sdn Bhd adalah En. Chai Yee Man. Setakat ini tiada sebarang jawapan daripada Danga Bay Sdn. Bhd.

Pada 18hb Oktober 2012 , para penduduk menerima Notis Kedua dari Tetuan Tea, Kelvin Kang & Company yang menyatakan site clearing akan bermula mulai 19 Oktober 2012 , dan meminta penduduk-penduduk mengosongkan rumah mereka sebelum tarikh tersebut.

Penduduk-penduduk di sini diugut oleh kontraktor yang datang dari luar. Beberapa keluarga yang takut, telah berpindah dari tempat ini. Sebahagiannya menerima wang pampasan berpindah sementara sebahagian lagi tidak menerima sebarang pampasan. Keluarga yang masih tinggal di kampung ini hanyalah 180 keluarga sahaja. 

Pada 1hb November 2012, lebih kurang 30 orang yang berlagak gangster dibawa masuk untuk merobohkan rumah-rumah kosong. Kumpulan itu membawa masuk 1 bulldozer dan 2 JCB dengan tujuan membersihkan kawasan itu. 

Pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Johor mendesak pihak polis membuat kawalan keselamatan yang lebih ketat bagi mengelakkan pergaduhan berlaku semula. Tempat kejadian hanyalah 1 KM daripada Balai Polis Kempas. Menteri Besar Johor Dato’ Abdul Ghani Othman sudah sewajarnya menjadi orang tengah menyelesaikan masalah antara penduduk Kampung Semangat dan Syarikat Danga Bay Sdn. Bhd. 

SUHAIZAN BIN KAIAT
KETUA PEMUDA PAS JOHOR
 media perak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.